Ahad, 25 Disember 2011

Sabtu, 10 Disember 2011

KEK PELANGI KARAMEL

                               Alahaii..comot ckitt.
                             Yang ni untuk Abang Qasha
                              Yang ini untuk dik Manda..
                      Posing jap
                  Yeaay!dh makan kek boleh gi mainn.. .

Jumaat, 2 Disember 2011

RESEPI KEK RED VELVET

Amacam?cun x kek red velvet deco by my son ni?

Not bad lahkan..Rasanya lak..ummm....mmg yummy

 Sebenarnya kek ini dibuat khas untuk anak sedaraku yg nk bersunat.Pada pagi sebelum dia bersunat tu,sempatlah dia merasa kek red velvet ni..Sedap sangat katanya.Yang selebihnye tu apelagi adik beradik yang lain le kerjakan...

  RESEPI KEK RED VELVET

2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)

 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
 2 sudu besar serbuk koko

  2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)

 1/2 cup butter
 1 1/2 cup gula

 2 biji telur pada suhu bilik
 1 sudu kecil ekstrak vanilla/ 2 sudu kecil esen vanila

1 cup buttermilk pada suhu bilik.
 kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
Buttermilk 1 cup (240 ml) susu kotak full cream sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon

 1 sudu kecil cuka putih
 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda

  Cream cheese frosting:

 2 buku cream cheese, dilembutkan
 1/2 cup butter dilembutkan

 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

 Cara-cara
 BUTTERMILK:

 campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.

KEK:
 sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci.
 Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.

 Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul

. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi.

 Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.

 Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.

 Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.

 CREAM CHEESE FROSTING:

 Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
 Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap
.
 kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

Rabu, 23 November 2011

NASI GORENG LA DOLCE

Pagi ini terfikir2 apa nak sarap.Bila jengah dlm periuk nasi ada pulak lebihan nasi semalam.Daripada membuang lebih baik dibuat nasi goreng. check bahan2 semua ok.Bolehlah mulakan operasi ni..
Inilah nasi goreng LA DOLCE Kalau nak tau resepi dia,ni haa

  •  Bahan2:
  • ofcoz le nasi
  •  bawang putih*
  •  bawang merah* 
  • ikan bilis*
  •  carrot
  •  sayur kacang(ape2 sayur pun boleh)
  •  telor sebiji
  •  Ayam (hirisan)
  •  cili mesin
  •  ikan sardin
  •  Cara2:
  •  mula2 panaskan minyak.masukkan bahan bertanda *(ditumbuk)kemudian masukkan pula hirisan ayam,carot,sayur kacang.masukkan sedikit cili mesin.kacau rata.kemudian masukkan telur.Setelah itu masukkan ikan sardin serta garam.Masukkan nasi dan rasakan garamnya.Siap untuk dihidang

ROTI JALA

Resepi Roti Jala
Bahan2:
                 2 cawan tepung gandum,
                 2 cawan air (saya guna 1 cawan air,1 cawan susu segar)
                 1 biji telur
                 sedikit garam
                 sedikit pewarna kuning
 Cara2:
 Satukan semua bahan.blendkan.Ok, try cedokkan tepung cair tadi dgn senduk roti jala tu. Pastikan ianya cair (tapi tak terlalu cair) dan tepung keluar dari kelima2 lubang. Kalau tak keluar maknanya adunan tepung terlalu pekat dan cairkan sedikit lagi.
Haa..ni part urai mengurai dalam kuali
Adunan ni dapatlah 16keping roti jala
Siap hidangan petang sekeluarga

Selasa, 22 November 2011

GUNTING RAMBUT

Cuti sekolah telah bermula...banyak la aktiviti2 yg perlu dibuat.Melancong,bershopping,mengemas,memasak dan bermacam2 lagi.Semalam aku telah memulakan satu aktiviti iaitu menggunting rambut.For info sejak kahwin tak pernah lagi aku ke kedai gunting rambut.semuanya dilakukan oleh my hubby(thanks dear)begitu juga dgn anak2ku.Sepatutnya aktiviti ini dilakukan oleh my hubby,tetapi kadang2 kena gak aku yg buat pasal my hubby tu busy.So apelagi klu stakat potong street tuk anak2 x der halnye.Jimat cikit..Klu kat kedai dah tentu harga budak rm6 or rm8.klu 4orang dah bape?potong pun street gak..hahahaha.Apepun masing2..
Haa..bukan susah potong street jer..
Pandangan sisi...
Tadaa..comel x saya?not bad lah kan..

Isnin, 21 November 2011



RESEPI KEK COKLAT(tanpa telur)


Hari ini dah cuti sekolah.Anak2 memang berkumpul dirumah.Abang Long pulak selama ni duduk asrama.so teringin nak buat kek coklat lagi.sebenarnya baru balik dari kg.bila kumpul bahan nak buat kek,bukak peti ais,alamakk!telur dah haabiiss...hari lak dah malam,malas nak keluar.Tetiba teringat resepi kek tanpa telur ni..Apalagi..sebagai ibu yg berkaliber(cewahh..perasan lak)tetap nak teruskan juga kek coklat ni....apalagi kek coklat pun proceed.....


Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan-bahan : loyang kecil(sebab quantity dia sikit,klu nak kek besar doublekan bahannya)

1 cawan tepung gandum*(noor guna tepung naik sendiri)
1/3 cawan serbuk koko
1 sk serbuk penaik* (klu guna tepung gandum)
1/2 sk soda bikarbonat*(klu guna tepung gandum)
1/4 sk garam
3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas
1/3 cawan susu segar
1 sk esen vanilla
1 sk cuka / jus lemon (noor prefer guna cuka)

Cara-cara :
Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.

Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
Tapiskan adunan.

Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.




Hahaha...siap bubuh nama x tahan


Sedia untuk ditesting...

Seedaapp..kate my hubby n anak2

Ahad, 13 November 2011

RESEPI BLUEBERRY CHEESETART

Jumaat lepas ntah nape hati ku teringin sangat nk buat bluberry cheesetart ni..ptg tu jugak aku ke kedai kek untuk membeli barang2..lebih kurang rm63 duit aku sapan tuk beli barang2..walaupun first trial tapi aku rasa not bad jugak hasiltangan aku ni...cer tengok..cer tengok

kalau nak tau resepinyer..ambik ni

Untuk pastry :


1 biji telur
mentega 100g
Aising gula 75g
tepung 200g

Cara2nya

1. Satukan mentega dan gula.Masukkan telur. Gaul rata.
2. Masukkan tepung dan kacau sehingga doh lembut terbentuk.
3. Ambil sedikit adunan dan letakkan ke dalam acuan tart dan tekan doh mengikut bentuk acuan. Cucuk bawah doh dengan garpu
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu pada 160 C selama 20 minit. Suhu dan masa penaik mungkin berbeza.

Untuk filing:

250g Philadelpia Krim Keju(saya guna tartura..murah ckit)
mentega 60g
60g aising gula
1 biji telur

Cara2:

Pukul semua bahan gunakan mixer.
1. Sudu sedikit filing Blueberry ke dalam cengkerang disediakan.
2. Kemudian masukkan bahan2 cheese tadisehingga penuh.
3. Lakarkan sedikit mengikut rekabentuk citarasa sendiri. (Bagi lakaran, campurkan sedikit keju krim dengan sedikit pewarna blueberry). Tetapi saya menggunakan coklat emulco.
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu pada 160 C selama hanya 5 minit,
5. Siap sedia untuk dihidangkan.selamat mencuba..

Rabu, 5 Oktober 2011

OREO CHEESECAKE RESEPI

 Rasanya dah lama x update blog ni.Kebetulan beberapa minggu lepas ada buat (first trial)kek oreocheese
 ni.Memang jadi n sedap rasanya.Walaupun x berapa cantik sangat,tapi bolehlah..Masuk perut hancur gak,hahahaha...
                                           Nilah rupanye bila dah siap..
                                   Jeng..jeng..jeng.. so nice                               &nb
                                           So cute n..delicious

Kalau nak tahu resepinya saya C&P dari blog Umi

RESEPI OREOCHEESECAKE

Bahan Dasar:- (saya guna loyang bulat 8 inci)
200gm biskut oreo - di buang krimnya (*saya guna 300 gm)
50gm mentega cair (*saya guna 75 gm)

Bahan Filing:-
750 gm keju krim (*saya guna 500 gm Philladelphia Cheese)
130 gm gula kaster (*saya letak 110 gm je)
1/2 tbsp esen vanila
3 biji telur (*saya letak 2 biji telor je)
200ml whipping krim (*saya letak 150 ml)
1 tbsp. lemon juice

15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya (*saya letak 20 keping)
#Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)
atau acuan 8" menghasilkan satu biji.

Cara-cara:-
Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.

Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
Masukkan biskut oreo, gaul rata.

Ambil 1 cawan penuh krim keju (*untuk mini cheesecake) dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.

Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Minyak Wangi Perfume Paradise

Set Ruby untuk wanita.

Set Diamond untuk wanita.

Set Emerald untuk wanita.

Set Gold untuk lelaki.

Set Platinum untuk lelaki.

Set Sapphire untuk wanita.

Set Silver untuk lelaki.

Perfume Paradise.

Minyak wangi Perfume Paradise ini merupakan himpunan pati minyak wangi tulen tanpa alkohol yang di inspirasikan dari haruman jenama terkenal dan terkemuka. Minyak wangi Perfume Paradise ini lebih kekal lama dan mempersonakan kerana ia dihasilkan dari bahan-bahan yang segar dan berkualiti tinggi. Jadi ia sesuai untuk dijadikan wangian seharian tanpa was was.

Kita juga merupakan salah seorang Mini Stokis di Negeri Melaka. Sesiapa yang ingin menjadi agen jualan dialu-alukan. Segala pertanyaan boleh hubungi kita @ 013-6954584.

Khamis, 11 Ogos 2011

Roti Bun



Roti Coklat Rise dan Roti Sosej. Kita sedia menerima tempahan utk majlis keramaian..

Roti Coklat Rise = RM1.20 sebiji
Roti Sosej = RM1.50 sebiji

Minimum penghantaran 50 biji. Hubungi Cik Noor 013-6954584.

Sabtu, 30 Julai 2011

Tempat Niaga La Dolce Cik Noor di Bulan Ramadhan


Disini lah tempat kita akan berniaga Biskut, Kuih Raya, Kerepek dan Minyak Wangi Perfume Paradise.

Lot B14, Tapak Bazar Ramadhan iaitu bertempat di kawasan Parking A, Tesco Store Peringgit, Melaka.

Bermula dari 1hb Ogos ~ 30hb Ogos 2011. Dari pukul 1000hr ~ 0300hr setiap hari di bulan Ramadhan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi La Dolce Cik Noor di 013-6954584.

Jumaat, 29 Julai 2011

Kuih Almond London



Kuih Almond London
  • Jumlah dalam 1 bekas ialah +50 biji.
  • Diperbuat dari Butter.
  • Dicelup dengan coklat yang berkualiti.
  • 1 biji kacang badam setiap satu.
  • Buatan tangan dan keluaran Bumiputera Melayu.
  • Harga jualan runcit 1 bekas RM25.00
  • Harga jualan borong juga boleh di rundingkan.
Tempahan dibuka sekarang. Segala pertanyaan boleh hubungi saya 013-6954584.

Kuih Tradisional Batang Buruk


Kuih Tradisional Batang Buruk
  • Berat 1 bag ialah +400gram.
  • Buatan tangan dan keluaran Bumiputera Melayu.
  • Diperbuat dari kacang yang berkualiti.
  • Ranggup dan sedap.
  • Harga jualan runcit 1 bag RM11.00
  • Harga jualan borong juga boleh di rundingkan.
Tempahan dibuka sekarang. Segala pertanyaan boleh hubungi saya 013-6954584.

Kuih Tat Gulung Nenas




Kuih Tat Gulung Nenas
  • Jumlah dalam 1 bekas ialah +50 biji.
  • Berat purata setiap biji dalam +-12gram.
  • Panjang sekitar 2.5cm ~ 2.8cm.
  • Buatan tangan dan keluaran Bumiputera Melayu.
  • Diperbuat dari Butter.
  • Inti tat nenas di parut menggunakan mesin.
  • Bahan buatan dari tepung yang berkualiti.
  • Harga jualan runcit 1 bekas RM25.00
  • Harga jualan borong juga boleh di rundingkan.
Tempahan dibuka sekarang. Segala pertanyaan boleh hubungi saya 013-6954584.

Selasa, 12 Julai 2011

Kuih Rengas Keledek


Rengas Keledek

Bahan-bahan :
  • 6 biji keledek
  • sedikit gula pasir
  • secubit garam
  • tepung gandum
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak utk menggoreng
Cara-cara :
  • keledek dikupas kulit,kemudian di potong kecil2,kemudian direbus.
  • selepas direbus hendaklah ditumbuk2 supaya ia agak hancur dgn menggunakan lesung.
  • masukkan gula dan sedikit garam.gaulkan sehingga rata.
  • setelah itu bentukkan ia bulat2 leper seperti gambar rajah.bancuhkan tepung gandum,serbuk kunyit dgn air dan sedikit garam.panaskan minyak.
  • masukkan keledek yang sudah dibentuk tadi ke dalam tepung dan mulalah menggoreng.
Selamat mencuba...

Jom masak Ikan Pari Masak Kari



IKAN PARI MASAK KARI

bahan-bahan :
  • 1ekor ikan pari
  • sedikit cili kering
  • 3ulas bawang merah
  • 1ulas bawang putih ~ dikisar halus
  • sedikit halia
  • sedikit kunyit hidup
  • rempah kari adabi (saya guna yg buat sendiri)
  • 5helai daun kari
  • 2keping asam keping
  • sedikit minyak
  • sedikit garam

cara-cara :

Panaskan minyak,masukkan bahan yg dikisar sehingga garing.Masukkan rempah kari adabi.kacau.masukkan santan cair tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan ikan,asam keping,daun kari dan santan pekat.masukkan garam secukup rasa.

Kek Oren

Bahan bahan.

Dah siap..

Errmm sedapp..

Hari tu rasa teringin sangat nak buat kek oren. Check punya check ada le sebiji limau sebiji (besau gak) pemberian mak ayah yg baru pulang dari umrah hari tu.. ini oren dr mekah tau.. Pelagi aku pun cuba buat gunakan resepi ini..

Bahan-bahan :
  • 2cwn tepung naik sendiri.
  • 2cwn mentega.
  • 2cwn gula halus.
  • 1 biji oren (dikisar halus ngan kulit).
  • 4 biji telur.
  • Sedikit perasa sunquick.
  • Esen vanilla.
Cara-cara :

Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang, masukkan telur sebiji-sebiji. Kemudian pukul lagi. Masukkan oren yg dikisar, esen vanilla dan sedikit perasa sunquick. Kacau sehingga rata dan bakar pada suhu 170 darjah celcius.

Isnin, 11 Julai 2011

Kek Coklat


Sebelum di oven

Selepas di oven

Jeng2.. siap..

Hari ini 11.07.2011 ialah harijadiku, so aku bercadang ler nak buat birthday kek sendiri... tarangg... dah jadi kek harijadiku. Kata anak2 sedap kek coklat umi buat. My hubby pun puji... apalagi sukalah hati I ni... kalau nak tau... inilah resepi yang I buat...

Bahan-bahan :
  • 2cwn tepung gandum.
  • 2cwn gula halus.
  • 2cwn minyak masak.
  • 1sudu kfc baking powder.
  • 1sudu kfc soda bikarbonate.
  • 1cwn serbuk koko.
  • 1cwn esen vanilla.
  • 3biji telur.
Untuk topping
  • 200g coklat masakan.
  • 1 cwn minyak masak or mentega {kesemua bahan masak gunakan double boiler}.
  • Sedikit susu pekat.
Cara-cara :

Pukul telur dgn gula sehingga kembang, pastu masukkan minyak masak serta esen vanilla. Kemudian masukkan tepung, serbuk koko,baking powder,soda yg telah diayak. Sapukan mentega atau tepung ke dlm loyang pembakar. Masukkan adunan tadi, bakarlah pada suhu 150 darjah celsius dlm 60min. Selamat mencuba.