Ahad, 13 November 2011

RESEPI BLUEBERRY CHEESETART

Jumaat lepas ntah nape hati ku teringin sangat nk buat bluberry cheesetart ni..ptg tu jugak aku ke kedai kek untuk membeli barang2..lebih kurang rm63 duit aku sapan tuk beli barang2..walaupun first trial tapi aku rasa not bad jugak hasiltangan aku ni...cer tengok..cer tengok

kalau nak tau resepinyer..ambik ni

Untuk pastry :


1 biji telur
mentega 100g
Aising gula 75g
tepung 200g

Cara2nya

1. Satukan mentega dan gula.Masukkan telur. Gaul rata.
2. Masukkan tepung dan kacau sehingga doh lembut terbentuk.
3. Ambil sedikit adunan dan letakkan ke dalam acuan tart dan tekan doh mengikut bentuk acuan. Cucuk bawah doh dengan garpu
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu pada 160 C selama 20 minit. Suhu dan masa penaik mungkin berbeza.

Untuk filing:

250g Philadelpia Krim Keju(saya guna tartura..murah ckit)
mentega 60g
60g aising gula
1 biji telur

Cara2:

Pukul semua bahan gunakan mixer.
1. Sudu sedikit filing Blueberry ke dalam cengkerang disediakan.
2. Kemudian masukkan bahan2 cheese tadisehingga penuh.
3. Lakarkan sedikit mengikut rekabentuk citarasa sendiri. (Bagi lakaran, campurkan sedikit keju krim dengan sedikit pewarna blueberry). Tetapi saya menggunakan coklat emulco.
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu pada 160 C selama hanya 5 minit,
5. Siap sedia untuk dihidangkan.selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan