Isnin, 11 Julai 2011

Kek Coklat


Sebelum di oven

Selepas di oven

Jeng2.. siap..

Hari ini 11.07.2011 ialah harijadiku, so aku bercadang ler nak buat birthday kek sendiri... tarangg... dah jadi kek harijadiku. Kata anak2 sedap kek coklat umi buat. My hubby pun puji... apalagi sukalah hati I ni... kalau nak tau... inilah resepi yang I buat...

Bahan-bahan :
  • 2cwn tepung gandum.
  • 2cwn gula halus.
  • 2cwn minyak masak.
  • 1sudu kfc baking powder.
  • 1sudu kfc soda bikarbonate.
  • 1cwn serbuk koko.
  • 1cwn esen vanilla.
  • 3biji telur.
Untuk topping
  • 200g coklat masakan.
  • 1 cwn minyak masak or mentega {kesemua bahan masak gunakan double boiler}.
  • Sedikit susu pekat.
Cara-cara :

Pukul telur dgn gula sehingga kembang, pastu masukkan minyak masak serta esen vanilla. Kemudian masukkan tepung, serbuk koko,baking powder,soda yg telah diayak. Sapukan mentega atau tepung ke dlm loyang pembakar. Masukkan adunan tadi, bakarlah pada suhu 150 darjah celsius dlm 60min. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan