Selasa, 12 Julai 2011

Kek Oren

Bahan bahan.

Dah siap..

Errmm sedapp..

Hari tu rasa teringin sangat nak buat kek oren. Check punya check ada le sebiji limau sebiji (besau gak) pemberian mak ayah yg baru pulang dari umrah hari tu.. ini oren dr mekah tau.. Pelagi aku pun cuba buat gunakan resepi ini..

Bahan-bahan :
  • 2cwn tepung naik sendiri.
  • 2cwn mentega.
  • 2cwn gula halus.
  • 1 biji oren (dikisar halus ngan kulit).
  • 4 biji telur.
  • Sedikit perasa sunquick.
  • Esen vanilla.
Cara-cara :

Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang, masukkan telur sebiji-sebiji. Kemudian pukul lagi. Masukkan oren yg dikisar, esen vanilla dan sedikit perasa sunquick. Kacau sehingga rata dan bakar pada suhu 170 darjah celcius.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan