Jumaat, 20 April 2012

JERUK MANGGA

Semalam my hubby bawalah satu plastik mangga.Nak kata aku mengidam x pulak(hihi)katanya kawan dia bagi..baik sungguh kawannye itu.Tapi aku ni x minat pulak mangga yg muda n masam.Tapi klu yg dh masak n manis tu,mesti pulun habiss..So aku teringin lak rasa nak buat jeruk mangga..Entah jadi entah tidak(x minatlah katekan..)
Mangga ni nama ape pun aku x tau


alahai ciputnye aku buat..

Cara aku buat jeruk ni simple jer..Bubuh gula,garam n cuka ckit.Aku buat pun sikit jer coz x bape minat.yg lebih mangga tu la aku buat pacelis.Ada lagi tu 4biji.X tau nk buat ape.tunggulah dia masak ranum..Esoknya aku test makan..umangaii...masam2 manis gitu(sambil terkenyit2 mata).Lepas ni rasanya nak makan dengan petis lak,baru best.Apepun tunggu masak sikit..

Resepi Pacelis mangga

Simple menu for today 20.04.12
                     Pacelis mangga,sambal sardin,telur goreng dan ikan goreng
                                 tu diaa..pacelis mangge(org melake kate)

RESEPI PACELIS MANGGA
Bahan-bahannya:

Bahan penumis
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

5 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } Bahan2 ini ditumbuk atau dikisar halus
1 cm halia }
1 paket kecil rempah kari
Sedikit ikan bilis 
2 sudu makan kerisik 
1/2 cawan air
2 cawan santan
8 biji mangga telur (yang masih muda)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya.

Cara-caranya:

1. Mangga telur hendaklah dikupas kulitnya. Cucuk-cucukkan mangga tersebut dengan garpu. Ini ialah untuk membuangkan sedikit masamnya dan membolehkan kuah paceri meresap ke dalam buah tersebut. Celur sebentar buah mangga tersebut dan toskan airnya. Jangan terlalu lama kerana buah mangga akan jadi lembik dan hancur, Masam buah mangga ini akan keluar sedikit apabila dicelur.
2. Tuangkan sedikit minyak ke dalam periuk.
2. Setelah minyak panas, tumiskan bahan penumis hingga wangi.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan digaul dengan rempah kari dan ikan bilis. Sebaik-baiknya ikan bilis selepas dibasuh diramas2 baru dicampurkan dengan rempah kari dan bahan2 tumbuk. Tumis sehingga agak garing dan masukkan setengah cawan air.
4. Masukkan kerisik, garam dan gula dan kacau sehingga mendidih.
5. Masukkan dua cawan santan dan kacau sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat sedikit.
7. Selepas itu barulah dimasukkan mangga yang telah dicelur tadi.
8. Rasakan garam dan gulanya sekali lagi. Lauk ini perlu dilebihkan gula bagi menyeimbangkan rasa masam buah mangga. Selepas mendidih bolehlah ditutupkan apinya.  

Khamis, 19 April 2012

RESEPI MEE HON SUP

19.04.2012.Hari ini hujan turun dengan lebatnye.Hujan rahmat hendaknya.Bila keadaan sejuk2 macamni elok jika makan benda2 yg panas.Hangat sikit badan.So apelagi langkah seterusnya kenalah buat mee hoon sup.

Mee hoon sup yg aku buat ini mnjadi kegemaran anak2 comelku yg 2 orang itu(ni je yg tggal kt dlm rumah)Bertambah2 diaorang makan..Nampaknye memang diaorang gemarkan sup2 berbanding nasi ngan lauk2 pedas yg lain.Apapun kat bawah ni aku sertakan resepi mee hoon sup ku yg paling simple.

Bahan2nya:

Ayam(ikut suka)
Bawang putih
Bawang merah
Halia
ikan bilis
karot
kentang(optional)
daun bawang
sup bunjut
Garam
mee hoon(just celur je)

Cara2nya:

Kalau ikut aku aku rebus sejap ayam tu.lepas tu tumiskan bawang merah,bawang putih ngan ikan bilis.Masukkan kuah ayam tadi.Dh merenih masukkan halia yg dititik,kentang,karot,sup bunjut,ayam.Agak2 dh empuk masukkan garam.Akhir sekali taburkan daun bawang.

Selasa, 17 April 2012

Ikan Siakap Stim

                                            ofcoz le ini bahan utama

Bahan2nyer...

taraa...

                                               menu:  Ikan siakap stim,kuah kicap cili padi n sambal telur



Telor itik masak lomak ciliapi n otak2

Assalam.Hari ni(17.04.12) aku nak citer sikit pasal menuku hari ini.sebelum tu aku bagitau la sumber2 bahan ni aku dapat dari mak mentua aku semalam iaitu telor itik (bela sendiri) n otak2.Memang baik mak mentua aku.Untung sesapa dapat mentua yg baik.Bila sebut je masak lomak cili api...wussh mmg tau dah sedapnye macamane.x kiralah masak apepun..So tanpa berlengah lagi layan gambar menu aku hari ini

menu simple jer;telor itik masak lomak ciliapi,sepat goreng n sayur kobis goreng


otak2(memang nyam2)

ni rupa otak2 lum dibakar.fresh dari esbox


Nak citer aku masak otak2 ni pakai oven jer.x payah nk susah2.On oven dulu pastu setting ler dlm 15min,dah masak.pastikan daun dia betul2 kering tau



Telor itik yg mak mentua aku bagi..

Inilah telur itik yg pak mentua aku bela tu.fresh dari ladang ni hihi

Resepi telur itik masak lomak ciliapi

secara ringkasnye ye:
 sedikit cili api,bawang merah.bawang putih,kunyit hidup,sedikit cili kering,telur itik,daun kunyit,asam keping n santan.


KEK COKLAT INDULGENCE(ala2)

Hari tu teringin lah pulak nak buat kek choc indulgence(ala2)ni.Memandangkan bahan sume dh cukup,pelagi aku pun proceed ler.Buat kek ni ade leceh ckit pasal byk step nk buat.Akhirnya menjadi jugak kek ku ini.Walaupun agak comot sedikit(maklum le 1st trial.Tapi mengikut testimoni seramai 10orang,mereka kata memang sedap.thumbs up to me..hihi


                                             molek sungguh



laa..pesal comot lak nihh...



Chocolate Indulgence Cakes

 Chocolate Chiffon
 Bahan A 30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
 1/2 tsp baking powder
 1/2 tsp soda bicarbonate
 60ml mentega (dicairkan)
/minyak jagung
 1 tsp esen vanila

Bahan B
 4 biji putih telur
 60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar
 Cara-cara
 1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
 2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
 4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

 Filling : Mousse Coklat Hitam :
 200gm chocolate masakan hitam
 2 kuning telur (di pukul dahulu)
 2 putih telur (di putar hingga kembang)
 60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
 250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
 1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
 simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

 Filling : Mousse Coklat Putih :
 200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
 2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
 60gm gula kastor
 250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
 2 tbsp gelatin
 50ml air

 Topping Coklat Ganache

150ml Anchor whipping cream (tawar)
 350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
 (Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek) ***

 Hiasan
: Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.
 *** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.
 Cara-cara : Mousse Coklat Hitam

1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
 2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
 3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

 Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
 3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
 4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.

 Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
 2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
 3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
 4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
 5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
 6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
 7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.

Selamat mencuba ye..klu malas nak mencuba,x pe just to cntact me...Cik Noor(0136954584).Sedia menerima tempahan untuk anda..

Selasa, 3 April 2012

KEK COKLAT MOIST aka kek hantaran

Hari ini cuaca panas berbanding semalam.Alhamdulillah.Semua mereka yang bekerja x kiralah pekerja swasta,kerajaan atau bekerja sendiri dapat meneruskan kerja2 mereka seharian dgn happynya.Teringat pulak aku kisah miggu lepas yang aku kene siapkan 2 kek hantaran pada jumaat lpas.Tup2 pada hari khamis aku jatuh demam..Aduhai camnerlah nk buat ni.nak kansel tkut member tu marah.Nak tak nak kugagahi jugak diri ini utk nk wat kek hntarannya itu.

So dgn susah payahnyer aku mulakan tugas pada tgahari itu.Dimulakan dgn membaking kek coklat selepas itu 2 jenis kek span oren.Setelah siap aku memulakan untuk membuat buttercream pulak.Kemudian kek siap buttercream pun siap.Tgk2 jam dah pukul 4.40.Msti kene solat asar dulu.Lepas solat sambung balik.

 Sekarang ni bab yg paling agak mencabar iaitu bab mendekolah pulak.Adohaii.bab ni den ade gementar ckit.Maklumlah tangan x bedungkan...Dengan keadaan yg separuh demam aku teruskan jua walaupun dh fedup..Tugasku ini bawak smpai ke malam.....Akhirnya jeng..jeng..jeng(tgk le gmbar kt bwh tuu..).


Kek coklat moist

                                         kek span oren
Begini ler rupa kek by org demam.Ni nak bisik ckit kat korang..Tulisan tu fail ckit cz tgn x bedung.hahaha.Harap2 korang x gelak kt tulisan aku tu.

 Pada sesiapa yang berminat utk menempah kek hantaran atau harijadi boleh ler cntact saya Cik Noor-0136954584.