Isnin, 21 November 2011



RESEPI KEK COKLAT(tanpa telur)


Hari ini dah cuti sekolah.Anak2 memang berkumpul dirumah.Abang Long pulak selama ni duduk asrama.so teringin nak buat kek coklat lagi.sebenarnya baru balik dari kg.bila kumpul bahan nak buat kek,bukak peti ais,alamakk!telur dah haabiiss...hari lak dah malam,malas nak keluar.Tetiba teringat resepi kek tanpa telur ni..Apalagi..sebagai ibu yg berkaliber(cewahh..perasan lak)tetap nak teruskan juga kek coklat ni....apalagi kek coklat pun proceed.....


Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan-bahan : loyang kecil(sebab quantity dia sikit,klu nak kek besar doublekan bahannya)

1 cawan tepung gandum*(noor guna tepung naik sendiri)
1/3 cawan serbuk koko
1 sk serbuk penaik* (klu guna tepung gandum)
1/2 sk soda bikarbonat*(klu guna tepung gandum)
1/4 sk garam
3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas
1/3 cawan susu segar
1 sk esen vanilla
1 sk cuka / jus lemon (noor prefer guna cuka)

Cara-cara :
Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.

Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
Tapiskan adunan.

Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.




Hahaha...siap bubuh nama x tahan


Sedia untuk ditesting...

Seedaapp..kate my hubby n anak2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan