Jumaat, 20 April 2012

Resepi Pacelis mangga

Simple menu for today 20.04.12
                     Pacelis mangga,sambal sardin,telur goreng dan ikan goreng
                                 tu diaa..pacelis mangge(org melake kate)

RESEPI PACELIS MANGGA
Bahan-bahannya:

Bahan penumis
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

5 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } Bahan2 ini ditumbuk atau dikisar halus
1 cm halia }
1 paket kecil rempah kari
Sedikit ikan bilis 
2 sudu makan kerisik 
1/2 cawan air
2 cawan santan
8 biji mangga telur (yang masih muda)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya.

Cara-caranya:

1. Mangga telur hendaklah dikupas kulitnya. Cucuk-cucukkan mangga tersebut dengan garpu. Ini ialah untuk membuangkan sedikit masamnya dan membolehkan kuah paceri meresap ke dalam buah tersebut. Celur sebentar buah mangga tersebut dan toskan airnya. Jangan terlalu lama kerana buah mangga akan jadi lembik dan hancur, Masam buah mangga ini akan keluar sedikit apabila dicelur.
2. Tuangkan sedikit minyak ke dalam periuk.
2. Setelah minyak panas, tumiskan bahan penumis hingga wangi.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan digaul dengan rempah kari dan ikan bilis. Sebaik-baiknya ikan bilis selepas dibasuh diramas2 baru dicampurkan dengan rempah kari dan bahan2 tumbuk. Tumis sehingga agak garing dan masukkan setengah cawan air.
4. Masukkan kerisik, garam dan gula dan kacau sehingga mendidih.
5. Masukkan dua cawan santan dan kacau sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat sedikit.
7. Selepas itu barulah dimasukkan mangga yang telah dicelur tadi.
8. Rasakan garam dan gulanya sekali lagi. Lauk ini perlu dilebihkan gula bagi menyeimbangkan rasa masam buah mangga. Selepas mendidih bolehlah ditutupkan apinya.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan