Isnin, 19 Mac 2012

KEK COKLAT PUDINA



Resepi ni sebenarnyer dapat dari blog chetam.Terima kasih chetam.cuma resepi saya ni x letak topping fudge jer(kira derhakalah cikit).
 Tapi klu uols nk resepi penuh boleh saya cpkan disini.Mane tau uols semua lebih rajin dari I kan...
     RESEPI KEK COKLAT MINT
    Bahan-bahannya
200 gram tepung naik sendiri
 230 gram mentega/ majerin
220 gram gula kastor
230 gram telur
3 gram esen vanilla
30 gram serbuk koko
50 gram susu segar
 Beberapa titik pewarna hijau Beberapa titik esen peppermint
 Untuk Honey Chocolate Fudge
150 gram coklat masakan
 90 gram fresh cream
 30 gram mentega
 15 gram madu (2 sudu besar)
 Cara-caranya
 1. Panaskan oven pada suhu 180’C. 2. Alaskan kertas kuih pada loyang pembakar. 3. Pukul tepung naik sendiri yang telah diayak bersama mentega/majerin sehingga menjadi pes yang sebati. 4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga likat. Masukkan adunan ini dan esen vanilla ke dalam adunan tepung yang telah disediakan tadi dan pukul sehingga ia sebati dan kembang.
 5. Bahagikan adunan kepada dua. Satu campurkan dengan serbuk koko dan susu segar, manakala bahagian lagi satu campurkan dengan pewarna hijau dan esen peppermint. 6. Tuang adunan berselang seli kedalam loyang berukuran 8”. 7. Bakar selama 45 – 50 minit.
 8. Cara untuk Honey Chocolate Fudge Topping - Campurkan kesemua bahan didalam mangkuk cairkan mengguna teknik double boil. Pukul bahan-bahan selama 5 – 10 minit sehingga fudge menjadi sebati. Fudge yang masih setengah panas boleh anda sapukan diatas dan tepi kek.

2 ulasan: