Rabu, 12 September 2012

NASI TOMATO LA DOLCE

Hari ini tetiba je rasa teringin nak makan nasi tomato buatan sendiri.Bahan2 semua dah ader apelagi..tugasan pun bermula.Sebelum tu nk cerita gak masa aku buat nasi tomato ni waktu tu hujan yang lebat.Walaupun sifat malas nak buat tu ada,namun aku gagahi jugak.X kang kempunan pulak.hihihi.Tanpa membuang masa lagi meh kita layan resepi nasi tomato la dolce serta gambarnya skali..


                                     Haa yang ni dah siap satu set.Jemputlah makan
                                           inilah rupa nasi tomatoku

RESEPI NASI TOMATO LA DOLCE


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

Untuk resepi ayam masak merah dan acar sila cari dibahagian lauk pauk


Tiada ulasan:

Catat Ulasan