Selasa, 14 Februari 2012

SOLAT DHUHA DAN DOANYA


Rasulallah SAW bersabda, " Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

 Bila masa Solat Dhuha patut dilaksanakan? Dhuha maksudnya pagi. Sesuai dengan itu Solat Dhuha semestinya dilaksanakan pada waktu pagi. Persoalannya, pagi bila? Waktu Solat Dhuha bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur.

Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang. Akan tetapi lebih afdal jika dilakukan ketika sinar matahari kian panas, berdasarkan sepotong hadis Nabi SAW yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah SAW menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
 Bagaimana cara melaksanakannya?
 Banyak buku yang boleh dirujuk untuk mengetahui cara menunaikan Solat Dhuha. Cuma secara asasnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, Solat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim) 

Walaubagaimanapun, bacaan surah dalam solat ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Paling penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.Jadi sama2lah kita mengamalkannya..
Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan kami sekeluarga..amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan