KEK COKLAT
Haa...tiga sekali U dpt tempahan(kek coklat n kek pelangi)
Nak resepi ker??..oklah saya tulis kt sini
RESEPI KEK PELANGI
BAHAN-BAHAN :
250 gm butter
200 gm gula castor
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
6 sudu besar fresh milk
210 gm tepung naik sendiri-diayak
Cara Membuatnya:
-Panaskan oven kepada suhu 180C .Pukul butter dan gula hingga sebati dan adunan jadi kembang serta bertukar warna jadi cerah sikit . Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya.
- Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati ( saya pukul balik adunan sehingga adunan menjadi sebati )
6. Bahagikan adunan kek kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna ikut pada selera kita . Kemudian kacau bagi warna sama rata . Sendukkan adunan masuk ke bahagian tengah acuan yang telah dilenserkan tadi berselang seli , mula-mula masukkan warna oren lepas tu warna merah lepas tu warna purple ,ulang sampai habis semua adunan kek ni kemudian goyang goyangkan sikit acuan kek supaya adunan kek sama rata . Bakar kek selama 50 - 45 minit mengikut kepanasan oven masing-masing .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan