Rabu, 12 September 2012

ACAR TIMUN DERHAKA

                                         ni la rupe acar timun derhaka ku...


Acar timun ni aku gelarkan acar derhaka sebab aku telah ubah bahan resepinya.Sebenarnya harus ada nenas.tetapi pada masa tu kt dapur x de n x beli pun nenas.Apa yang ada hanyalah epal hijau pemberian mak mentuaku .
Apelagi terus jer cuba buat.At least sedap gak makan ngan epal hijau.Rasa masam2 manis.
So kt sini aku nyatakan resepi sebenarnye yer..

BAHAN2

1 btg timun

1/6 biji nenas

1biji cili merah

1/2 biji bawang besar

Garam dan gula secukupnya

cuka secukupnya

CARA2

kupas timun dan hiris nipis.Masukkan semua bahan dan gaul rata.

AYAM MASAK MERAH

                                           ermm yummy

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan (4 orang)
1/2 ekor ayam -
sedikit garam
serbuk kunyit

Bahan-bahan kisar
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato, potong dadu
1/2 cawan sos tomato 
*2sb tomato puree 

Bahan Hias 
1/2 biji bawang besar, potong bulat -
mix vege


Cara-cara
1. Bersih ayam.

2. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit.

3. Goreng sehingga 2/3 masak (ku goreng garing).

4. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato, buah tomato dan tomato puree (jika guna) sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos, buah tomato dan tomato puree (jika guna). Tumis sehingga naik minyak.

5, Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. Perasakan dengan garam atau sos tomato jika perlu.

6. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api dan sedia dihidang.


NASI TOMATO LA DOLCE

Hari ini tetiba je rasa teringin nak makan nasi tomato buatan sendiri.Bahan2 semua dah ader apelagi..tugasan pun bermula.Sebelum tu nk cerita gak masa aku buat nasi tomato ni waktu tu hujan yang lebat.Walaupun sifat malas nak buat tu ada,namun aku gagahi jugak.X kang kempunan pulak.hihihi.Tanpa membuang masa lagi meh kita layan resepi nasi tomato la dolce serta gambarnya skali..


                                     Haa yang ni dah siap satu set.Jemputlah makan
                                           inilah rupa nasi tomatoku

RESEPI NASI TOMATO LA DOLCE


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

Untuk resepi ayam masak merah dan acar sila cari dibahagian lauk pauk