Jumaat, 15 Mac 2013

KEK MARBLE COKLAT


Assalam buat semua.Hari ini ada masa nak update n3 yg dh lame gak terperap.kek marble coklat ni dh lame gak buat tpi hari ni br nak update.bukan ape semua resepi n gambar2 ni bukan utk menayang kt orang,tpi sebagai koleksi simpanan utk diri sendiri dan jugak anak2 yg semakin membesar.nanti leh lah dok timing kt dorang ape yg umi dia cuba buat.
yg dah potong

meh tgk resepi jap:

250gm mentega
220gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
200gm gula kastor
50gm air susu
4 biji telur gred A
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh emulco coklat


cara2:
satukan mentega,gula dan  esen vanilla.pukul sehingga kembang dan putih.
masukkan telur sebiji2 dan pukul sehingga sebati.masukkan tepung sedikit2 sambil dikacau sebati dgn susu.bahagikan adunan sama banyak.Satu dibiarkan warna asal satu lagi dimasukkan serbuk koko dan coklat emulco.Gaul hingga sebati.Ambik satu senduk warna asal tompokkan dibahagian tengah acuan.Diikuti pula adunan warna coklat.Buat cara yg sama hingga adunan habis
Goyang acuan supaya adunan rata.Bakar selama satu jam.Suhu ketuhar 180celsius.