Selasa, 14 Februari 2012

DOA PERMUDAH SEGALA URUSAN DAN HAJAT


SOLAT DHUHA DAN DOANYA


Rasulallah SAW bersabda, " Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

 Bila masa Solat Dhuha patut dilaksanakan? Dhuha maksudnya pagi. Sesuai dengan itu Solat Dhuha semestinya dilaksanakan pada waktu pagi. Persoalannya, pagi bila? Waktu Solat Dhuha bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur.

Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang. Akan tetapi lebih afdal jika dilakukan ketika sinar matahari kian panas, berdasarkan sepotong hadis Nabi SAW yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah SAW menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
 Bagaimana cara melaksanakannya?
 Banyak buku yang boleh dirujuk untuk mengetahui cara menunaikan Solat Dhuha. Cuma secara asasnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, Solat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim) 

Walaubagaimanapun, bacaan surah dalam solat ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Paling penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.Jadi sama2lah kita mengamalkannya..
Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan kami sekeluarga..amin.

KEK COKLAT BLUEBERRY

                   Kek ini tempahan untuk besday Ayah
               Deco x berapa cun cz nk cepat
                   Bersama cucu2 tersayang.Happy Birthday atukk...

KEK COKLAT MOIST

                    Tempahan dari Suria dari kota laksamana
          Tempahan dari Oza Shah Alam utk aweks nye di maktab perguruan Melaka
              Aweks suke dapat ini kek coklat

Rabu, 8 Februari 2012

KEK STEAM BUTTERCREAM

Alhamdulillah.masuk tahun 2012,aku telah mencuba sesuatu yg baru.Pelbagai jenis kek,kuih dan cupcakes tlh aku pelajari.Banyak resepi yg aku pelajari sendiri bak kata pepatah try n error.Tapi aku tetap tak putus asa.Memula dulu mmg agak teruk cikit hasil tangan ku...tapi Alhamdulillah beransur2 ok.Baru2 ini ada aku masuk kelas untuk kek steam buttercream. Jadi impian ku sebenarnya adalah utk membuat bisnes kecil2an.Harapan ku pula agar mendapat sambutan dari luar dan juga dari rakan2 semua...Akhirkata semoga ALLAH permudahkan segalanya.
                  Hati2 ya..
                    Inilah hasil kerja tangan ku yg x berapa kreatif
                  kek coklat moist bentuk basketwave
                         Pelbagai bentuk cupcakes


 Saya juga menyediakan tempahan kek dan cupcake untuk harijadi,pertunangan,hantaran atau apa2 jua majlis kenduri kendara.

.Berminat boleh hubungi saya:

 CIK NOOR:0136954584

 Penghantaran dibuat sekitar melaka.Caj penghantaran juga dikenakan mengikut kawasan.