Ahad, 1 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU(01.01.2012)

Hari ini 01.01.2012 adalah sambutan tahun baru bagi semua.Bagiku tahun 2011 meninggalkan banyak banyak kenangan yg pahit dan manis.Pada tahun 2011 juga aku mengambil satu langkah untuk berhenti dari kerja swasta.Dan aku mula berkecimpung dlm bidang perniagaan.Disinilah aku banyak belajar tentang selok belok perniagaan.Bermula dgn percik cafe,booth karnival Jom Gempau,Booth di Bazar Ramadhan dan sebagainya.Segala kenangan itu akan ku jadikan satu pengalaman untuk meneruskan perjalanan kehidupanku ini.
                  Ini produk percik cafe ala francais yg aku buka mula2 dulu
                Inilah kenangan di Jom Gempau
                  Ini pula ketika berniaga di Bazar Ramadhan di Tesco Melaka.


 Itulah kenangan pada 2011.So pada hari ini 01.01.2012 bermulalah akan satu kehidupan baru.Banyak perkara yg perlu disusun atur.Dan pada hari ini juga aku telah membuka tirai bakingku pada 2012 ini.Resepi kali ini ialah Kek Mocha Chocolate.Mmmm...anak2 suka makan kek ni..best n sedap kte diaorang..so layanlah resepinyer kat bawah ni yer...




                    RESEPI KEK MOCHA CHOCOLATE

Taraa..hahahaha..first time buat,tak bape cantik sangat..Tapi rasa sedapp.

 Bahan-bahanya
 1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 cawan mentega
 3/4 cawan gula
 1/4 cawan susu segar suam
 2 sudu kecil instant coffe yang dicampur dengan 2 sudu besar air panas
 1/4 cawan serbuk koko
 2 biji telur
 beberapa titik esen vanila

 *Untuk Topping dan Hiasan*
* 200ml whpping cream+2 sudu besar gula+ 2 sudu besar serbuk koko*
 Cara-caranya
 1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, kemudian pukul mentega dan gula hingga kembang, selepas itu masukan telur satu persatu, dan pukul lagi. ( masa ni guna mixer ye) .
 2. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila serta bancuhan instant coffee, kacau sebati. jangan over mix, takut adunan tercair nanti.
 3. Alaskan acuan bulat ber ukuran 16cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan bakar pada suhu 180darjah selama 40 minit ke 50 minit, sejukkan atas redai, untuk hiasan, pukul whipping cream, gula dan serbuk koko hingga kental. kek dibahagi dua dan sapukan whipping cream di atasnya dan sapukan juga pada keseluruhan kek, hias ikut kreativiti , selamat Mencuba.