Rabu, 23 November 2011

NASI GORENG LA DOLCE

Pagi ini terfikir2 apa nak sarap.Bila jengah dlm periuk nasi ada pulak lebihan nasi semalam.Daripada membuang lebih baik dibuat nasi goreng. check bahan2 semua ok.Bolehlah mulakan operasi ni..
Inilah nasi goreng LA DOLCE Kalau nak tau resepi dia,ni haa

  •  Bahan2:
  • ofcoz le nasi
  •  bawang putih*
  •  bawang merah* 
  • ikan bilis*
  •  carrot
  •  sayur kacang(ape2 sayur pun boleh)
  •  telor sebiji
  •  Ayam (hirisan)
  •  cili mesin
  •  ikan sardin
  •  Cara2:
  •  mula2 panaskan minyak.masukkan bahan bertanda *(ditumbuk)kemudian masukkan pula hirisan ayam,carot,sayur kacang.masukkan sedikit cili mesin.kacau rata.kemudian masukkan telur.Setelah itu masukkan ikan sardin serta garam.Masukkan nasi dan rasakan garamnya.Siap untuk dihidang

ROTI JALA

Resepi Roti Jala
Bahan2:
                 2 cawan tepung gandum,
                 2 cawan air (saya guna 1 cawan air,1 cawan susu segar)
                 1 biji telur
                 sedikit garam
                 sedikit pewarna kuning
 Cara2:
 Satukan semua bahan.blendkan.Ok, try cedokkan tepung cair tadi dgn senduk roti jala tu. Pastikan ianya cair (tapi tak terlalu cair) dan tepung keluar dari kelima2 lubang. Kalau tak keluar maknanya adunan tepung terlalu pekat dan cairkan sedikit lagi.
Haa..ni part urai mengurai dalam kuali
Adunan ni dapatlah 16keping roti jala
Siap hidangan petang sekeluarga

Selasa, 22 November 2011

GUNTING RAMBUT

Cuti sekolah telah bermula...banyak la aktiviti2 yg perlu dibuat.Melancong,bershopping,mengemas,memasak dan bermacam2 lagi.Semalam aku telah memulakan satu aktiviti iaitu menggunting rambut.For info sejak kahwin tak pernah lagi aku ke kedai gunting rambut.semuanya dilakukan oleh my hubby(thanks dear)begitu juga dgn anak2ku.Sepatutnya aktiviti ini dilakukan oleh my hubby,tetapi kadang2 kena gak aku yg buat pasal my hubby tu busy.So apelagi klu stakat potong street tuk anak2 x der halnye.Jimat cikit..Klu kat kedai dah tentu harga budak rm6 or rm8.klu 4orang dah bape?potong pun street gak..hahahaha.Apepun masing2..
Haa..bukan susah potong street jer..
Pandangan sisi...
Tadaa..comel x saya?not bad lah kan..

Isnin, 21 November 2011



RESEPI KEK COKLAT(tanpa telur)


Hari ini dah cuti sekolah.Anak2 memang berkumpul dirumah.Abang Long pulak selama ni duduk asrama.so teringin nak buat kek coklat lagi.sebenarnya baru balik dari kg.bila kumpul bahan nak buat kek,bukak peti ais,alamakk!telur dah haabiiss...hari lak dah malam,malas nak keluar.Tetiba teringat resepi kek tanpa telur ni..Apalagi..sebagai ibu yg berkaliber(cewahh..perasan lak)tetap nak teruskan juga kek coklat ni....apalagi kek coklat pun proceed.....


Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan-bahan : loyang kecil(sebab quantity dia sikit,klu nak kek besar doublekan bahannya)

1 cawan tepung gandum*(noor guna tepung naik sendiri)
1/3 cawan serbuk koko
1 sk serbuk penaik* (klu guna tepung gandum)
1/2 sk soda bikarbonat*(klu guna tepung gandum)
1/4 sk garam
3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas
1/3 cawan susu segar
1 sk esen vanilla
1 sk cuka / jus lemon (noor prefer guna cuka)

Cara-cara :
Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.

Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
Tapiskan adunan.

Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.




Hahaha...siap bubuh nama x tahan


Sedia untuk ditesting...

Seedaapp..kate my hubby n anak2

Ahad, 13 November 2011

RESEPI BLUEBERRY CHEESETART

Jumaat lepas ntah nape hati ku teringin sangat nk buat bluberry cheesetart ni..ptg tu jugak aku ke kedai kek untuk membeli barang2..lebih kurang rm63 duit aku sapan tuk beli barang2..walaupun first trial tapi aku rasa not bad jugak hasiltangan aku ni...cer tengok..cer tengok

kalau nak tau resepinyer..ambik ni

Untuk pastry :


1 biji telur
mentega 100g
Aising gula 75g
tepung 200g

Cara2nya

1. Satukan mentega dan gula.Masukkan telur. Gaul rata.
2. Masukkan tepung dan kacau sehingga doh lembut terbentuk.
3. Ambil sedikit adunan dan letakkan ke dalam acuan tart dan tekan doh mengikut bentuk acuan. Cucuk bawah doh dengan garpu
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu pada 160 C selama 20 minit. Suhu dan masa penaik mungkin berbeza.

Untuk filing:

250g Philadelpia Krim Keju(saya guna tartura..murah ckit)
mentega 60g
60g aising gula
1 biji telur

Cara2:

Pukul semua bahan gunakan mixer.
1. Sudu sedikit filing Blueberry ke dalam cengkerang disediakan.
2. Kemudian masukkan bahan2 cheese tadisehingga penuh.
3. Lakarkan sedikit mengikut rekabentuk citarasa sendiri. (Bagi lakaran, campurkan sedikit keju krim dengan sedikit pewarna blueberry). Tetapi saya menggunakan coklat emulco.
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu pada 160 C selama hanya 5 minit,
5. Siap sedia untuk dihidangkan.selamat mencuba..