Sabtu, 30 Julai 2011

Tempat Niaga La Dolce Cik Noor di Bulan Ramadhan


Disini lah tempat kita akan berniaga Biskut, Kuih Raya, Kerepek dan Minyak Wangi Perfume Paradise.

Lot B14, Tapak Bazar Ramadhan iaitu bertempat di kawasan Parking A, Tesco Store Peringgit, Melaka.

Bermula dari 1hb Ogos ~ 30hb Ogos 2011. Dari pukul 1000hr ~ 0300hr setiap hari di bulan Ramadhan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi La Dolce Cik Noor di 013-6954584.

Jumaat, 29 Julai 2011

Kuih Almond London



Kuih Almond London
  • Jumlah dalam 1 bekas ialah +50 biji.
  • Diperbuat dari Butter.
  • Dicelup dengan coklat yang berkualiti.
  • 1 biji kacang badam setiap satu.
  • Buatan tangan dan keluaran Bumiputera Melayu.
  • Harga jualan runcit 1 bekas RM25.00
  • Harga jualan borong juga boleh di rundingkan.
Tempahan dibuka sekarang. Segala pertanyaan boleh hubungi saya 013-6954584.

Kuih Tradisional Batang Buruk


Kuih Tradisional Batang Buruk
  • Berat 1 bag ialah +400gram.
  • Buatan tangan dan keluaran Bumiputera Melayu.
  • Diperbuat dari kacang yang berkualiti.
  • Ranggup dan sedap.
  • Harga jualan runcit 1 bag RM11.00
  • Harga jualan borong juga boleh di rundingkan.
Tempahan dibuka sekarang. Segala pertanyaan boleh hubungi saya 013-6954584.

Kuih Tat Gulung Nenas




Kuih Tat Gulung Nenas
  • Jumlah dalam 1 bekas ialah +50 biji.
  • Berat purata setiap biji dalam +-12gram.
  • Panjang sekitar 2.5cm ~ 2.8cm.
  • Buatan tangan dan keluaran Bumiputera Melayu.
  • Diperbuat dari Butter.
  • Inti tat nenas di parut menggunakan mesin.
  • Bahan buatan dari tepung yang berkualiti.
  • Harga jualan runcit 1 bekas RM25.00
  • Harga jualan borong juga boleh di rundingkan.
Tempahan dibuka sekarang. Segala pertanyaan boleh hubungi saya 013-6954584.

Selasa, 12 Julai 2011

Kuih Rengas Keledek


Rengas Keledek

Bahan-bahan :
  • 6 biji keledek
  • sedikit gula pasir
  • secubit garam
  • tepung gandum
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak utk menggoreng
Cara-cara :
  • keledek dikupas kulit,kemudian di potong kecil2,kemudian direbus.
  • selepas direbus hendaklah ditumbuk2 supaya ia agak hancur dgn menggunakan lesung.
  • masukkan gula dan sedikit garam.gaulkan sehingga rata.
  • setelah itu bentukkan ia bulat2 leper seperti gambar rajah.bancuhkan tepung gandum,serbuk kunyit dgn air dan sedikit garam.panaskan minyak.
  • masukkan keledek yang sudah dibentuk tadi ke dalam tepung dan mulalah menggoreng.
Selamat mencuba...

Jom masak Ikan Pari Masak Kari



IKAN PARI MASAK KARI

bahan-bahan :
  • 1ekor ikan pari
  • sedikit cili kering
  • 3ulas bawang merah
  • 1ulas bawang putih ~ dikisar halus
  • sedikit halia
  • sedikit kunyit hidup
  • rempah kari adabi (saya guna yg buat sendiri)
  • 5helai daun kari
  • 2keping asam keping
  • sedikit minyak
  • sedikit garam

cara-cara :

Panaskan minyak,masukkan bahan yg dikisar sehingga garing.Masukkan rempah kari adabi.kacau.masukkan santan cair tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan ikan,asam keping,daun kari dan santan pekat.masukkan garam secukup rasa.

Kek Oren

Bahan bahan.

Dah siap..

Errmm sedapp..

Hari tu rasa teringin sangat nak buat kek oren. Check punya check ada le sebiji limau sebiji (besau gak) pemberian mak ayah yg baru pulang dari umrah hari tu.. ini oren dr mekah tau.. Pelagi aku pun cuba buat gunakan resepi ini..

Bahan-bahan :
  • 2cwn tepung naik sendiri.
  • 2cwn mentega.
  • 2cwn gula halus.
  • 1 biji oren (dikisar halus ngan kulit).
  • 4 biji telur.
  • Sedikit perasa sunquick.
  • Esen vanilla.
Cara-cara :

Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang, masukkan telur sebiji-sebiji. Kemudian pukul lagi. Masukkan oren yg dikisar, esen vanilla dan sedikit perasa sunquick. Kacau sehingga rata dan bakar pada suhu 170 darjah celcius.

Isnin, 11 Julai 2011

Kek Coklat


Sebelum di oven

Selepas di oven

Jeng2.. siap..

Hari ini 11.07.2011 ialah harijadiku, so aku bercadang ler nak buat birthday kek sendiri... tarangg... dah jadi kek harijadiku. Kata anak2 sedap kek coklat umi buat. My hubby pun puji... apalagi sukalah hati I ni... kalau nak tau... inilah resepi yang I buat...

Bahan-bahan :
  • 2cwn tepung gandum.
  • 2cwn gula halus.
  • 2cwn minyak masak.
  • 1sudu kfc baking powder.
  • 1sudu kfc soda bikarbonate.
  • 1cwn serbuk koko.
  • 1cwn esen vanilla.
  • 3biji telur.
Untuk topping
  • 200g coklat masakan.
  • 1 cwn minyak masak or mentega {kesemua bahan masak gunakan double boiler}.
  • Sedikit susu pekat.
Cara-cara :

Pukul telur dgn gula sehingga kembang, pastu masukkan minyak masak serta esen vanilla. Kemudian masukkan tepung, serbuk koko,baking powder,soda yg telah diayak. Sapukan mentega atau tepung ke dlm loyang pembakar. Masukkan adunan tadi, bakarlah pada suhu 150 darjah celsius dlm 60min. Selamat mencuba.